Wednesday 28 January 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34 DAN 
MAJLIS PENGAGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2015

        Pada 27 Januari 2015 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG kali yang ke 34. Dalam majlis ini juga turut diadakan Majlis Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan sesi 2015.


Sesi pendaftaran bermula pada jam 2.00 petang.

Saturday 24 January 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA

      Pada 22 Januari 2015, Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri ( Pantai ) telah mengadakan kejohanan merentas desa peringkat sekolah.


Senamrobik bagi memanaskan badan.

Tuesday 20 January 2015

 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H

       20 Januari 2015, telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H peringkat sekolah. Dengan pemakaian baju melayu dan baju kurung kelihatannya begitu cantik.

       Sebelum majlis dimulakan, pertandingan mewarna bagi Tahap 1 dan pertandingan khat bagi Tahap 2 diadakan terlebih dahulu.


Sunday 18 January 2015

AWAL PERSEKOLAHAN SESI 2015

          Sesi persekolahan bagi tahun 2015 telah bermula pada 11 Januari 2015. Suasana yang sangat ceria dan gembira terpapar di wajah semua murid.

            Seperti kebiasaan, perhimpunan pagi diadakan. Guru Besar, Ibrahim bin Awang memberi ucapan kepada semua murid.


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014

            Majlis telah diadakan pada 16 November 2014 dengan jayanya. Penglibatan dan kerjasama dari ibu bapa memeriahkan lagi majlis pada tahun ini.