Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah bagi tahun
2013M/1434H yang bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” diadakan
pada 6 Februari 2013 yang dihadiri oleh YB.’ Abd. Halim B. Jusoh dan Pegawai
PPD Setiu.Turut menyertai perarakan tersebut adalah jkkk Kg dan wakil Utusan
Malaysia. Program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan perarakan membawa
sepanduk sambil membaca selawat ke atas nabi turut disemarakkan lagi dengan
kehadiran ibubapa dan AJK PIBG..Pelbagai acara diisi bagi menghidupkan hari sambutan
Perarakan Maulidul Rasul ini.Antaranya ialah ceramah maulidur rasul oleh Ustaz Zaki
bin Mohammad (Pegawai Biro Tata Negara).Pertandingan mewarna dan melukis poster
turut diadakan pada majlis tersebut.Majlis diakhiri dengan ucapan penutup dari
guru besar dan penyampaian hadiah.
Monday, 11 February 2013
Saturday, 2 February 2013
KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2013
SK
KG FIKRI PANTAI - Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan Kg Fikri
Pantai telah berlangsung dengan meriah pada 3 Februari 2013.
Program tersebut
yang merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan sekolah melibatkan semua
murid Pra Sekolah hingga Tahun 6 yang berada 4 buah rumah Sukan iaitu Kenari, Merak,
Bangau dan Helang.Setiap murid yang mendapat tempat
pertama hingga tempat terakhir untuk setiap aliran dan jantina layak
menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing. Kejohanan tahun ini dimenangi
oleh rumah sukan Helang dengan kutipan sebanyak 78 mata terkumpul.
Acara
pada hari tersebut dimulakan dengan aktiviti regangan dan senamrobik melibatkan
semua guru dan murid yang hadir. Kemudian, satu sesi taklimat ringkas telah
disampaikan oleh Cikgu Rawi Bin Ismail kepada para peserta untuk memastikan
program berjalan dengan lancar. Sebaik sahaja para guru yang bertugas di setiap
checkpoint mengambil tempat, para peserta dilepaskan mengikut aliran, bermula
dengan murid-murid Pra dan Tahap 1diikuti oleh murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun
4, 5 dan 6. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Guru Besar Sk Kg Fikri
Pantai iaitu Ibrahim Bin Awang.
Subscribe to:
Posts (Atom)