Tuesday 22 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU


TEMA HARI GURU 2012 : GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Sesuai dengan tema Hari Guru pada tahun ini ‘ Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’,Sambutan Hari Guru 2012 peringkat sekolah telah diadakan pada 16hb Mei 2012 yang lepas.Antara acara yang dijalankan ialah perlawanan bola sepak antara guru-guru lelaki dan murid lelaki tahap 2, bola jaring bagi guru-guru wanita termasuk sukaneka bagi guru dan kakitangan sekolah.
Acara rasmi bermula pada jam 10.30 pagi di mana ia dimulakan dengan ucapan aluan dari  Guru Besar dan seterusnya ucapan oleh  Pegawai PPD setiu En. Kamaruzaman B. Hamat. Selepas itu, acara diteruskan dengan ucapan perutusan YAB Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.Sambutan hari guru diteruskan dengan persembahan guru-guru di mana semua guru membacakan ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Acara seterusnya pula ialah persembahan murid iaitu persembahan  oleh pelajar-pelajar tahun 1 hingga 6.Acara kemuncak bagi sambutan hari guru kali ini ialah penyampaian hadiah bagi acara tukar hadiah antara guru-guru sekolah.  


Monday 14 May 2012

T-Score Online

Ø Selamat Menjawab T-Score Online buat semua muridTahun4, 5 dan 6. 
Ø   Anda boleh mula menjawab soalan-soalan Pra-UPSR di T-Score  Online  mulai sekarang.    
ØRebut peluang untuk tempoh percubaan ini sebelum murid-murid menduduki peperiksaan UPSR yang sebenar.
Ø  Selamat menjawab soalan Pra-UPSR online! (^.^)
 Ø Layari www.tscore.com.my/

1) Sila pilih "Free Account"

 
2)     Pilih" tahun" masing-masing

 
3)      Sila masukkan "ID Murid & Katalaluan"  T-Score.

4)      Pilih "Courses" bagi memilih set soalan pilihan UPSR Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains
5)      Anda sudah boleh mula menjawab T-Score sekarang dengan memilih set soalan pilihan.

GOOD LUCK
&
ALL THE BEST!

"Study Smart, Pray Smart..insyaAllah success with 5A!"