Tuesday 15 December 2015

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAN GRADUASI 2015

    Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (Pantai) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan dan Graduasi 2015 pada 18 November 2015. Majlis ini diadakan bagi menghargai dan memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan yang dicapai oleh murid sepanjang tahun. Majlis dimulakan dengan alunan bacaan Al-Quran dari Muhammad Akif Rusyaidi bin Fauzi.   

Saturday 12 December 2015


PERKHEMAHAN TAHUNAN SEKOLAH

  Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (Pantai) telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Sekolah. Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu bermula 30 September 2015 hingga 2 Oktober 2015. Murid tahap 2 terlibat dalam perkhemahan tersebut.

  Para peserta perkhemahan  memulakan sesi pendaftaran pada pukul 2.00 petang. Aktiviti dimulakan dengan peserta memasang khemah.

Monday 2 November 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI

     Pada 15 Oktober 2015, Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (Pantai) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Seramai 38 orang ahli termasuk murid-murid telah menyertai rombongan ini. Kami menaiki bas di perkarangan sekolah jam 9.00 malam pada 15 Oktober 2015 dan sampai ke jeti Kuala Perlis pada 16 Oktober 2015 jam 6.00 pagi. Selepas menunaikan solat subuh, kami meneruskan perjalanan menaiki feri ke Langkawi jam 7.00 pagi.

HARI SUKAN NEGARA 10.10.2015

   Hari Sukan Negara disambut pada setiap hari sabtu pertama bulan November.  Di peringkat sekolah, Hari Sukan Negara telah diadakan pada 10 Oktober 2015. Majlis dirasmikan oleh tuan Guru Besar, Ibrahim Bin Awang tepat jam 8.00 pagi.

Monday 3 August 2015

SAMBUTAN HARI RAYA 2015

     Pada hari sabtu, 25 Julai 2015, Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (Pantai) telah mengadakan sambutan hari raya peringkat sekolah. Majlis bermula pada 10.00 pagi. Dengan kehadiran ramai penduduk kampung dapat mengeratkan ikatan persaudaraan dengan warga sekolah.

Tuesday 14 July 2015

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN DUIT RAYA

           14 Julai 2015, hari terakhir persekolahan di bulan ramadhan ini, Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (Pantai) telah mengadakan  majlis Khatam Al-Quran dan sumbangan duit raya.


Saturday 30 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

     Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (Pantai) telah mengadakan sambutan hari guru dengan meriahnya pada 18 Mei 2015.Berbagai-bagai aktiviti diadakan bersama-sama dengan murid.

     Nyanyian Lagu Guru Malaysia dinyanyikan oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (Pantai).

Sunday 5 April 2015

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON SETIU UTARA

    Sekolah Kebangsaan Kuala Setiu telah menjadi tuan rumah untuk majlis tilawah Al-Quran peringkat Zon Setiu Utara yang diadakan pada 30 Mac 2015.

       Muhammad Razin Arsyad bin Fauzi dari Tahun 2 bagi kategori Bercerita Kisah Al-Quran telah mendapat tempat ke-3.

Sunday 22 February 2015

PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2015

        Majlis pelantikan pengawas telah diadakan pada 18 Februari 2015 di dewan Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (Pantai).

    Majlis dimulakan dengan ucapan oleh  Ketua Balai Bomba Cawangan Setiu. Beliau memberi taklimat berkaitan aspek keselamatan dan panduan kepada pihak sekolah bagi menghindari bahaya kebakaran dan cara menanganinya.
KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT ZON SETIU UTARA

      TAHNIAH .11 Februari 2015, Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (Pantai ) telah menjadi juara bagi kejohanan bola baling peringkat Zon Setiu Utara yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Penarik bagi kumpulan lelaki. Bagi kumpulan bola baling perempuan, Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (Pantai ) telah mendapat tempat yang ketiga.


Monday 2 February 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH SETIU

       Pada 29 Januari 2015 telah berlangsung kejohanan merentas desa peringkat daerah Setiu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Nenas.

        Sebelum memulakan larian, murid-murid diberi taklimat tentang trek larian mengikut sekolah rendah dan menengah. Larian bagi sekolah rendah adalah sejauh 4 kilometer.

Wednesday 28 January 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34 DAN 
MAJLIS PENGAGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2015

        Pada 27 Januari 2015 telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG kali yang ke 34. Dalam majlis ini juga turut diadakan Majlis Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan sesi 2015.


Sesi pendaftaran bermula pada jam 2.00 petang.

Saturday 24 January 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA

      Pada 22 Januari 2015, Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri ( Pantai ) telah mengadakan kejohanan merentas desa peringkat sekolah.


Senamrobik bagi memanaskan badan.

Tuesday 20 January 2015

 SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H

       20 Januari 2015, telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1436H peringkat sekolah. Dengan pemakaian baju melayu dan baju kurung kelihatannya begitu cantik.

       Sebelum majlis dimulakan, pertandingan mewarna bagi Tahap 1 dan pertandingan khat bagi Tahap 2 diadakan terlebih dahulu.


Sunday 18 January 2015

AWAL PERSEKOLAHAN SESI 2015

          Sesi persekolahan bagi tahun 2015 telah bermula pada 11 Januari 2015. Suasana yang sangat ceria dan gembira terpapar di wajah semua murid.

            Seperti kebiasaan, perhimpunan pagi diadakan. Guru Besar, Ibrahim bin Awang memberi ucapan kepada semua murid.


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 2014

            Majlis telah diadakan pada 16 November 2014 dengan jayanya. Penglibatan dan kerjasama dari ibu bapa memeriahkan lagi majlis pada tahun ini.