Monday 3 August 2015

SAMBUTAN HARI RAYA 2015

     Pada hari sabtu, 25 Julai 2015, Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (Pantai) telah mengadakan sambutan hari raya peringkat sekolah. Majlis bermula pada 10.00 pagi. Dengan kehadiran ramai penduduk kampung dapat mengeratkan ikatan persaudaraan dengan warga sekolah.


     Pelbagai jenis makanan disediakan kepada para tetamu termasuk nasi minyak, laksa penang, cendol, kek dan banyak lagi. Encik Jali dan Encik Nizam sibuk membakar satay ikan untuk disajikan kepada murid-murid.


   Persembahan  dari tahun 6 dengan lagunya Rindu Cikgu memeriahkan lagi suasana sambutan hari raya.


      Majlis juga diserikan dengan murid-murid yang memakai pakaian aneka warna. 


     Izzah Atikah binti Roslam, murid tahun 1 terpilih sebagai pemenang pakaian tercantik aidilfitri 2015.






No comments:

Post a Comment