SK
KG FIKRI PANTAI - Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan Kg Fikri
Pantai telah berlangsung dengan meriah pada 3 Februari 2013.
Program tersebut
yang merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan sekolah melibatkan semua
murid Pra Sekolah hingga Tahun 6 yang berada 4 buah rumah Sukan iaitu Kenari, Merak,
Bangau dan Helang.Setiap murid yang mendapat tempat
pertama hingga tempat terakhir untuk setiap aliran dan jantina layak
menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing. Kejohanan tahun ini dimenangi
oleh rumah sukan Helang dengan kutipan sebanyak 78 mata terkumpul.
Acara
pada hari tersebut dimulakan dengan aktiviti regangan dan senamrobik melibatkan
semua guru dan murid yang hadir. Kemudian, satu sesi taklimat ringkas telah
disampaikan oleh Cikgu Rawi Bin Ismail kepada para peserta untuk memastikan
program berjalan dengan lancar. Sebaik sahaja para guru yang bertugas di setiap
checkpoint mengambil tempat, para peserta dilepaskan mengikut aliran, bermula
dengan murid-murid Pra dan Tahap 1diikuti oleh murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun
4, 5 dan 6. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Guru Besar Sk Kg Fikri
Pantai iaitu Ibrahim Bin Awang.