Monday 2 November 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI

     Pada 15 Oktober 2015, Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (Pantai) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Seramai 38 orang ahli termasuk murid-murid telah menyertai rombongan ini. Kami menaiki bas di perkarangan sekolah jam 9.00 malam pada 15 Oktober 2015 dan sampai ke jeti Kuala Perlis pada 16 Oktober 2015 jam 6.00 pagi. Selepas menunaikan solat subuh, kami meneruskan perjalanan menaiki feri ke Langkawi jam 7.00 pagi.

HARI SUKAN NEGARA 10.10.2015

   Hari Sukan Negara disambut pada setiap hari sabtu pertama bulan November.  Di peringkat sekolah, Hari Sukan Negara telah diadakan pada 10 Oktober 2015. Majlis dirasmikan oleh tuan Guru Besar, Ibrahim Bin Awang tepat jam 8.00 pagi.