Monday 2 November 2015

HARI SUKAN NEGARA 10.10.2015

   Hari Sukan Negara disambut pada setiap hari sabtu pertama bulan November.  Di peringkat sekolah, Hari Sukan Negara telah diadakan pada 10 Oktober 2015. Majlis dirasmikan oleh tuan Guru Besar, Ibrahim Bin Awang tepat jam 8.00 pagi.



     Senaman aerobik dijalankan untuk memanaskan badan sebelum melakukan aktiviti bersukan bagi mengelakkan kecederaan yang serius.


     Antara aktiviti yang dijalankan ialah perlawanan bola sepak oleh murid prasekolah. Melalui pertandingan ini dapat mencungkil bakat seterusnya memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk memperkembangkan potensi tersebut ke peringkat lebih tinggi.


     Murid-murid juga mendapat pengalaman melakukan teknik pertukaran baton secara selang-seli tanpa pandangan dan gaya selang-seli secara pandang.


   Murid-murid juga didedahkan dengan jenis-jenis jaringan dan teknik-teknik menghantar, menerima dan menjaring bola baling.





No comments:

Post a Comment