Sunday 9 September 2012

Tip mudah hilangkan stress atau tekanan untuk calon-calon UPSR 2012

Setelah sekian lama berjuang dalam pelajaran, tibalah masanya murid tahun enam akan menduduki peperiskasaan UPSR pada 11-13 Sepetember 2012. Saya terpanggil untuk menitipkan beberapa coretan petua untuk menjadi rujukkan murid-murid bila berhadapan dengan keadaan panik dan tertekan.

Saturday 1 September 2012

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2012


Kem Kecemerlangan UPSR telah diadakan pada 29-31 Ogos 2012 yang lalu bertempat di G RIMBUN RESORT, Merang, Terengganu.Kem selama 3 hari 2 malam melibatkan semua murid tahun 6 dan murid tahun 5 yang terpilih.Kem  ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik  murid-murid menjelang UPSR nanti.Selain aktiviti belajar didalam kelas, aktiviti beriadah lain turut diadakan bagi persediaan mental dan fizikal murid-murid.


Monday 27 August 2012

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH


28 ogos 2012 (Isnin)  9 syawal -Majlis sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah  telah diadakan di dewan SK Kampung Fikri Pantai.Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti pertandingan mewarna, membuat kad raya, pakaian tercantik bagi murid dan guru.Tidak lupa juga persembahan nyayian lagu raya bagi murid dan guru.Pelbagai juadah makanan turut dihidang pada majlis tersebut.


Wednesday 1 August 2012

PROGRAM "IHYA RAMADHAN"

Sekolah Kampung Fikri Pantai telah mengadakan Program "Ihya Ramadhan" yang berlangsung setiap hari persekolahan di bulan Ramadhan yang berkat ini.

Saturday 14 July 2012

SENAMANROBIK 1MURID 1SUKAN 1 MALAYSIA (1M1S)

12 Julai 2012-Sk Kg Fikri (P) telah mengadakan Senaman robik 1Murid 1Sukan 1Malaysia.Senamanrobik 1Murid 1Sukan (1M1S) yang merupakan salah satu aktiviti dalam Bulan Kecergasan dijalankan serentak di semua sekolah seluruh negara mulai jam 8.00 pagi. Aktiviti tersebut yang bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan cergas dalam kalangan murid sekolah turut dilaksanakan untuk merekodkan catatan Malaysia Book of Records dalam kategori "Largest Simultaneous Participation of School Students in an Aerobic Session".


...Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Tahun 2012...




Pada 8-9 Julai 2012,SK Kg Fikri (P) telah berjaya menjalankan Sukan Tahunan Sekolah yang ke-15.Kejohanan ini dijalankan selama 2 hari iaitu 8 Julai dan 9 Julai.Terima kasih kepada  Ibrahim bin Awang (Guru Besar), AJK PIBG, barisan pentadbir, ibu bapa, guru-guru, para pelajar serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan temasya sukan kali ini.

                          KEDUDUKAN MATA KESELURUHAN BAGI RUMAH              
 
RUMAH SUKAN
MATA
KEDUDUKAN
KENARI
365
1
MERAK
289
2
HELANG
288
3
BANGAU
254
4


Olahragawan & Olahragawati 2012

Monday 9 July 2012

MAJLIS PELANCARAN DANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PIBG SKKF (P)

19 JUN 2012-- SKKF (P) telah melancarkan Dana Kecemerlangan Pendidikan yang dikendalikan oleh Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG).Majlis itu telah dilancarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri YB. Haji Abdul Halim B. Jusoh..Sebanyak RM2300 telah berjaya dikumpul yang disumbangkan oleh NGO/Badan koprat dan  ibubapa sekolah tersebut.Pada Majlis tersebut juga, Pengagihan Bantuan KWAPM, e-kasih dan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 1 turut  diadakan.


Monday 18 June 2012

PERTANDINGAN SMART ENGLISH 2012 ZON SETIU UTARA


14 jun 2012- SKKF (P) telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Smart English peringkat Zon Setiu Utara.Sebanyak 10 buah sekolah zon setiu utara telah menyertai pertandingan tersebut.Setiap kumpulan dinilai dengan acara "SILENT READING" , "READING ALOUD", "SPELLING" dan "AURAL ORAL".Tahniah kepada SK Saujana telah menjadi johan dalam pertandingan ini.


Tuesday 22 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU


TEMA HARI GURU 2012 : GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Sesuai dengan tema Hari Guru pada tahun ini ‘ Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’,Sambutan Hari Guru 2012 peringkat sekolah telah diadakan pada 16hb Mei 2012 yang lepas.Antara acara yang dijalankan ialah perlawanan bola sepak antara guru-guru lelaki dan murid lelaki tahap 2, bola jaring bagi guru-guru wanita termasuk sukaneka bagi guru dan kakitangan sekolah.
Acara rasmi bermula pada jam 10.30 pagi di mana ia dimulakan dengan ucapan aluan dari  Guru Besar dan seterusnya ucapan oleh  Pegawai PPD setiu En. Kamaruzaman B. Hamat. Selepas itu, acara diteruskan dengan ucapan perutusan YAB Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.Sambutan hari guru diteruskan dengan persembahan guru-guru di mana semua guru membacakan ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Acara seterusnya pula ialah persembahan murid iaitu persembahan  oleh pelajar-pelajar tahun 1 hingga 6.Acara kemuncak bagi sambutan hari guru kali ini ialah penyampaian hadiah bagi acara tukar hadiah antara guru-guru sekolah.  


Monday 14 May 2012

T-Score Online

Ø Selamat Menjawab T-Score Online buat semua muridTahun4, 5 dan 6. 
Ø   Anda boleh mula menjawab soalan-soalan Pra-UPSR di T-Score  Online  mulai sekarang.    
ØRebut peluang untuk tempoh percubaan ini sebelum murid-murid menduduki peperiksaan UPSR yang sebenar.
Ø  Selamat menjawab soalan Pra-UPSR online! (^.^)
 Ã˜ Layari www.tscore.com.my/

1) Sila pilih "Free Account"

 
2)     Pilih" tahun" masing-masing

 
3)      Sila masukkan "ID Murid & Katalaluan"  T-Score.

4)      Pilih "Courses" bagi memilih set soalan pilihan UPSR Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains
5)      Anda sudah boleh mula menjawab T-Score sekarang dengan memilih set soalan pilihan.

GOOD LUCK
&
ALL THE BEST!

"Study Smart, Pray Smart..insyaAllah success with 5A!"

Tuesday 28 February 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012


Tarikh: 21 FEBRUARI 2012  Tempat: Sk Kampung Fikri (P)      

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah bagi tahun 2012M/1433H yang bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” diadakan pada 21 Februari 2012 yang dihadiri oleh YB.’ Abd. Halim B. Jusoh dan Pegawai PPD Setiu Tuan Hj Kipayatuallah Dato': Mohd Said. Program bermula pada pukul 7.45 pagi dengan perarakan membawa sepanduk sambil membaca selawat ke atas nabi turut disemarakkan lagi dengan kehadiran ibubapa dan AJK PIBG.Selepas perarakan tersebut, majlis penyampaian basikal dan hamper kepada anak-anak yatim oleh YB.’ Abd. Halim B. Jusoh turut diadakan. Pelbagai acara diisi bagi menghidupkan hari sambutan Perarakan Maulidul Rasul ini.Antaranya ialah ceramah maulidur rasul oleh Ustaz Othman B.Abdul Latif (Pegawai Pejabat Agama Setiu).Pertandingan bacaan Azan , sajak dan Nasyid turut diadakan pada majlis tersebut.Majlis diakhiri dengan ucapan penutup dari guru besar dan penyampaian hadiah.                             



Sunday 26 February 2012

UJIAN PERMATApintar UKM1 TELAH BERMULA DARI 1 FEBRUARI 2012 HINGGA 30 APRIL 2012
UJIAN PERMATApintar UKM1 telah bermula dari 1 Februari 2012 sehingga 30 April 2012. Sila layari http://ukm1.permatapintar.edu.my untuk mengambil Ujian PERMATApintar UKM1.



Monday 13 February 2012

Watikah Pelantikan Pegawas Sekolah Dan Pegawas Perpustakaan

Tarikh : 15.1.2012
Tempat : Dewan Sekolah SKKF (P)
Program : Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber

Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah disampaikan oleh Pegawai polis Kg Fikri Pantai Kopral Mohd Razali b. Ariffin diiringi oleh guru besar Ibrahim B. Awang. Seramai 31 orang pengawas telah menerima watikah perlantikan yang diadakan  di dewan sekolah Kg.Fikri Pantai.  


Tuesday 24 January 2012

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SKKF (P) Tahun 2012

Tarikh : 3.1.2012
Tempat : Tapak Perhimpunan SKKF (P)
Program : Hari Pertama Persekolahan Kampung Fikri (P)

   Warga Sk Kampung Fikri (P) mengucapkan selamat menempuh alam persekolahan bagi sesi 2012 kepada semua murid SKKF (P). Diharapkan azam baru tahun ini dapat tercapai hendaknya..