Tuesday 28 February 2012

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012


Tarikh: 21 FEBRUARI 2012  Tempat: Sk Kampung Fikri (P)      

Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah bagi tahun 2012M/1433H yang bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” diadakan pada 21 Februari 2012 yang dihadiri oleh YB.’ Abd. Halim B. Jusoh dan Pegawai PPD Setiu Tuan Hj Kipayatuallah Dato': Mohd Said. Program bermula pada pukul 7.45 pagi dengan perarakan membawa sepanduk sambil membaca selawat ke atas nabi turut disemarakkan lagi dengan kehadiran ibubapa dan AJK PIBG.Selepas perarakan tersebut, majlis penyampaian basikal dan hamper kepada anak-anak yatim oleh YB.’ Abd. Halim B. Jusoh turut diadakan. Pelbagai acara diisi bagi menghidupkan hari sambutan Perarakan Maulidul Rasul ini.Antaranya ialah ceramah maulidur rasul oleh Ustaz Othman B.Abdul Latif (Pegawai Pejabat Agama Setiu).Pertandingan bacaan Azan , sajak dan Nasyid turut diadakan pada majlis tersebut.Majlis diakhiri dengan ucapan penutup dari guru besar dan penyampaian hadiah.                             



























No comments:

Post a Comment