Monday 11 February 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2013



Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah bagi tahun 2013M/1434H yang bertemakan “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” diadakan pada 6 Februari 2013 yang dihadiri oleh YB.’ Abd. Halim B. Jusoh dan Pegawai PPD Setiu.Turut menyertai perarakan tersebut adalah jkkk Kg dan wakil Utusan Malaysia. Program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan perarakan membawa sepanduk sambil membaca selawat ke atas nabi turut disemarakkan lagi dengan kehadiran ibubapa dan AJK PIBG..Pelbagai acara diisi bagi menghidupkan hari sambutan Perarakan Maulidul Rasul ini.Antaranya ialah ceramah maulidur rasul oleh Ustaz Zaki bin Mohammad (Pegawai Biro Tata Negara).Pertandingan mewarna dan melukis poster turut diadakan pada majlis tersebut.Majlis diakhiri dengan ucapan penutup dari guru besar dan penyampaian hadiah.    

Saturday 2 February 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2013



SK KG FIKRI PANTAI - Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan Kg Fikri Pantai telah berlangsung dengan meriah pada 3 Februari 2013.
Program tersebut yang merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan sekolah melibatkan semua murid Pra Sekolah hingga Tahun 6 yang berada 4 buah rumah Sukan iaitu Kenari, Merak, Bangau dan Helang.Setiap murid yang mendapat tempat pertama hingga tempat terakhir untuk setiap aliran dan jantina layak menyumbangkan mata kepada rumah sukan masing-masing. Kejohanan tahun ini dimenangi oleh rumah sukan Helang dengan kutipan sebanyak 78 mata terkumpul.
     Acara pada hari tersebut dimulakan dengan aktiviti regangan dan senamrobik melibatkan semua guru dan murid yang hadir. Kemudian, satu sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh Cikgu Rawi Bin Ismail kepada para peserta untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Sebaik sahaja para guru yang bertugas di setiap checkpoint mengambil tempat, para peserta dilepaskan mengikut aliran, bermula dengan murid-murid Pra dan Tahap 1diikuti oleh murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Guru Besar Sk Kg Fikri Pantai iaitu Ibrahim Bin Awang.