Monday 2 November 2015

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PULAU LANGKAWI

     Pada 15 Oktober 2015, Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (Pantai) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Seramai 38 orang ahli termasuk murid-murid telah menyertai rombongan ini. Kami menaiki bas di perkarangan sekolah jam 9.00 malam pada 15 Oktober 2015 dan sampai ke jeti Kuala Perlis pada 16 Oktober 2015 jam 6.00 pagi. Selepas menunaikan solat subuh, kami meneruskan perjalanan menaiki feri ke Langkawi jam 7.00 pagi.



     Sampai di jeti Langkawi kami menaiki van yang disewa khas untuk ke tempat penginapan, Kondo Istana. Setelah berehat seketika, jadual lawatan pada hari pertama diteruskan iaitu menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang.


     Pemandangan ketika berada di dalam kereta kabel sangat menarik. Kami dapat merasai perbezaan suhu, kelajuan angin dan kabus ketika berada di dalam gondola. Di puncak pertama yang jauhnya 1700 meter dan tingginya 650 meter dari aras laut. Rasa gementar sedikit dapat dirasai ketika berada di menara pemindahan.  


     Kemudian perjalanan sejauh 450 meter panjang lagi dengan kereta kabel untuk ke puncak Gunung Mat Cincang.


     Selepas menaiki kereta kabel, kami melawat Muzium 3D Langkawi. Muzium ini sememangnya besar dan mempunyai 3 tingkat. Terdapat lebih 200 lukisan 3D . Pengalaman ketika berada di dalam muzium sangat mencuit hati.


     Seterusnya kami dibawa ke Makam Mahsuri.  Disini ahli rombongan diberi kebebasan samada untuk memasuki makam mahsuri atau tidak.


     Pada hari kedua, 17 Oktober 2015, kami melawat Dataran Lang dan bergambar bersama murid-murid sebelum meneruskan perjalanan balik. Pengalaman manis ketika berada disini tidak akan dilupakan.








No comments:

Post a Comment