Saturday 12 December 2015


PERKHEMAHAN TAHUNAN SEKOLAH

  Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (Pantai) telah mengadakan Perkhemahan Tahunan Sekolah. Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu bermula 30 September 2015 hingga 2 Oktober 2015. Murid tahap 2 terlibat dalam perkhemahan tersebut.

  Para peserta perkhemahan  memulakan sesi pendaftaran pada pukul 2.00 petang. Aktiviti dimulakan dengan peserta memasang khemah.

  Pada malam pertama perkhemahan, diadakan acara barbeque. Makanan laut seperti ikan, udang, sotong dan lokan dipanggang dan terus dihidang panas-panas kepada guru dan peserta perkhemahan.
 Selain acara barbeque, diadakan juga malam kebudayaan. Pelbagai persembahan diadakan oleh murid seperti lakonan dan nyanyian dengan gaya yang tersendiri.

  Pelbagai aktiviti diadakan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada peserta perkhemahan. Acara Halangan Bergayut  menampakkan perubahan jati diri yang lebih berkeyakinan. 

   Acara yang paling mencabar ialan Merentas Halangan Dalam Air. Acara ini menguji ketahanan fizikal dan mental murid.

   Walaupun Acara Titian Tali ini sangat sukar namun murid dapat menempuhnya dengan penuh keberanian. 

  Aktiviti pada sebelah petang adalah pertandingan memasak ubi kentang. Peserta dikehendaki membakar ubi kentang dan mempamerkannya mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

   Pertandingan Kawad Kaki adalah acara kemuncak. Ia adalah satu program yang dirancang bagi mendisiplinkan murid dan kerjasama antara kumpulan.
   Walaupun kelihatan murid agak kepenatan namun terselit kegembiraan kerana pelbagai pengalaman dapat ditimba.










No comments:

Post a Comment