Tuesday 15 December 2015

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN DAN GRADUASI 2015

    Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri (Pantai) telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan dan Graduasi 2015 pada 18 November 2015. Majlis ini diadakan bagi menghargai dan memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan yang dicapai oleh murid sepanjang tahun. Majlis dimulakan dengan alunan bacaan Al-Quran dari Muhammad Akif Rusyaidi bin Fauzi.   

Penyampaian hadiah yang pertama adalah Graduasi Prasekolah.

   Pelajar Cemerlang Kokurikulum dianugerahkan kepada Muhammad Fahmi bin Ahmad Fauzi iaitu pelajar Tahun 6.

Ahmad Fawwaz bin Sazali iaitu pelajar Tahun 6 mendapat Anugerah Sahsiah Terpuji .

    Muhammad Ridhwan bin Norbi dianugerahkan Pelajar Cemerlang UPKK DUN Permaisuri.

    Pelajar Cemerlang UPSR yang mendapat 5A iaitu Mohd Syamil bin Roslan.

    Noorazalilah binti Kamaruzaman juga dianugerahkan Pelajar Cemerlang UPSR kerana mendapat 5A.

Majlis berakhir dengan Graduasi Tahun 6.



2 comments: