Monday 2 February 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH SETIU

       Pada 29 Januari 2015 telah berlangsung kejohanan merentas desa peringkat daerah Setiu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Nenas.

        Sebelum memulakan larian, murid-murid diberi taklimat tentang trek larian mengikut sekolah rendah dan menengah. Larian bagi sekolah rendah adalah sejauh 4 kilometer.

Apabila wisel dibunyikan murid- murid memulakan larian dengan pantas.

      Dalam masa 25 minit acara merentas desa dimulakan, Ahmad Hairie bin Adnan dari Sekolah Kebangsaan Fikri Pantai telah sampai ke perkarangan sekolah.

      Nurjuni Damia binti Emizi dan Wan Norainilaishah Syafira binti Wan Azman merebut untuk mendapat kedudukan yang terbaik.

Jelas terpancar kelegaan di wajah Nuraisya Dayana binti Emizi kerana telah berjaya menamatkan larian.

     Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Nenas menyampaikan pingat kepada Ahmad Hairie bin Adnan yang telah berjaya mendapat tempat yang kesepuluh.


No comments:

Post a Comment