Setelah
sekian lama berjuang dalam pelajaran, tibalah masanya murid tahun enam akan
menduduki peperiskasaan UPSR pada 11-13 Sepetember 2012. Saya terpanggil untuk
menitipkan beberapa coretan petua untuk menjadi rujukkan murid-murid bila
berhadapan dengan keadaan panik dan tertekan.
Sunday, 9 September 2012
Saturday, 1 September 2012
KEM KECEMERLANGAN UPSR 2012
Kem Kecemerlangan UPSR telah diadakan pada 29-31 Ogos 2012
yang lalu bertempat di G RIMBUN RESORT, Merang, Terengganu.Kem selama 3 hari 2
malam melibatkan semua murid tahun 6 dan murid tahun 5 yang terpilih.Kem ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan
prestasi akademik murid-murid menjelang
UPSR nanti.Selain aktiviti belajar didalam kelas, aktiviti beriadah lain turut
diadakan bagi persediaan mental dan fizikal murid-murid.
Monday, 27 August 2012
SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH
28 ogos 2012 (Isnin) 9 syawal -Majlis sambutan Hari Raya
Peringkat Sekolah telah diadakan di
dewan SK Kampung Fikri Pantai.Pelbagai aktiviti yang telah diadakan seperti pertandingan mewarna, membuat kad raya, pakaian tercantik bagi murid dan guru.Tidak lupa juga persembahan nyayian lagu raya bagi murid dan guru.Pelbagai juadah makanan turut dihidang pada majlis tersebut.
Wednesday, 1 August 2012
PROGRAM "IHYA RAMADHAN"
Sekolah Kampung Fikri Pantai telah mengadakan Program "Ihya Ramadhan" yang berlangsung setiap hari persekolahan di bulan Ramadhan yang berkat ini.
Saturday, 14 July 2012
SENAMANROBIK 1MURID 1SUKAN 1 MALAYSIA (1M1S)
12 Julai 2012-Sk Kg Fikri (P) telah mengadakan Senaman robik 1Murid 1Sukan 1Malaysia.Senamanrobik 1Murid 1Sukan (1M1S) yang merupakan salah satu aktiviti dalam
Bulan Kecergasan dijalankan serentak di semua sekolah seluruh negara
mulai jam 8.00 pagi. Aktiviti tersebut yang bertujuan untuk
mempromosikan gaya hidup sihat dan cergas dalam kalangan murid sekolah
turut dilaksanakan untuk merekodkan catatan Malaysia Book of Records
dalam kategori "Largest Simultaneous Participation of School Students in an Aerobic Session".
...Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Tahun 2012...
Pada 8-9
Julai 2012,SK Kg Fikri (P) telah berjaya menjalankan Sukan Tahunan Sekolah
yang ke-15.Kejohanan ini dijalankan selama 2 hari iaitu 8 Julai dan 9
Julai.Terima kasih kepada Ibrahim bin Awang (Guru Besar), AJK PIBG, barisan pentadbir, ibu
bapa, guru-guru, para pelajar serta mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak dalam menjayakan temasya sukan kali ini.
KEDUDUKAN MATA KESELURUHAN BAGI RUMAH
RUMAH SUKAN
|
MATA
|
KEDUDUKAN
|
KENARI
|
365
|
1
|
MERAK
|
289
|
2
|
HELANG
|
288
|
3
|
BANGAU
|
254
|
4
|
Olahragawan & Olahragawati 2012
Monday, 9 July 2012
MAJLIS PELANCARAN DANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PIBG SKKF (P)
19 JUN 2012-- SKKF (P) telah melancarkan Dana Kecemerlangan Pendidikan yang dikendalikan oleh Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG).Majlis itu telah dilancarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri YB. Haji Abdul Halim B. Jusoh..Sebanyak RM2300 telah berjaya dikumpul yang disumbangkan oleh NGO/Badan koprat dan ibubapa sekolah tersebut.Pada Majlis tersebut juga, Pengagihan Bantuan KWAPM, e-kasih dan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 1 turut diadakan.
Monday, 18 June 2012
PERTANDINGAN SMART ENGLISH 2012 ZON SETIU UTARA
14 jun 2012- SKKF (P) telah
menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Smart English peringkat Zon Setiu
Utara.Sebanyak 10 buah sekolah zon setiu utara telah menyertai pertandingan
tersebut.Setiap kumpulan dinilai dengan acara "SILENT READING" ,
"READING ALOUD", "SPELLING" dan "AURAL ORAL".Tahniah
kepada SK Saujana telah menjadi johan dalam pertandingan ini.
Tuesday, 22 May 2012
SAMBUTAN HARI GURU
TEMA HARI GURU 2012 : GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
Sesuai dengan tema Hari Guru pada tahun ini ‘ Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’,Sambutan Hari Guru 2012 peringkat sekolah telah diadakan pada 16hb Mei 2012
yang lepas.Antara acara yang dijalankan ialah perlawanan bola sepak antara guru-guru
lelaki dan murid lelaki tahap 2, bola jaring bagi guru-guru wanita termasuk sukaneka bagi guru dan kakitangan sekolah.
Acara rasmi bermula pada jam 10.30 pagi di mana ia dimulakan dengan ucapan
aluan dari Guru Besar dan seterusnya ucapan oleh Pegawai PPD setiu En. Kamaruzaman B. Hamat. Selepas itu,
acara diteruskan dengan ucapan perutusan YAB Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia.Sambutan hari guru diteruskan dengan persembahan guru-guru di mana semua
guru membacakan ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari
Guru iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Acara seterusnya pula ialah persembahan murid
iaitu persembahan oleh pelajar-pelajar tahun 1 hingga 6.Acara kemuncak bagi
sambutan hari guru kali ini ialah penyampaian hadiah bagi acara tukar hadiah
antara guru-guru sekolah.
Monday, 14 May 2012
T-Score Online
Ø Selamat Menjawab T-Score Online buat semua muridTahun4, 5 dan 6.
Ø Anda boleh mula
menjawab soalan-soalan Pra-UPSR di T-Score Online mulai sekarang.
ØRebut peluang untuk
tempoh percubaan ini sebelum murid-murid menduduki peperiksaan UPSR yang
sebenar.
Ø Selamat menjawab soalan Pra-UPSR online! (^.^)
Ø Layari www.tscore.com.my/
Ø Layari www.tscore.com.my/
1) Sila
pilih "Free Account"
2)
Pilih"
tahun" masing-masing
3)
Sila
masukkan "ID Murid & Katalaluan" T-Score.
4)
Pilih
"Courses" bagi memilih set soalan
pilihan UPSR Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains
5)
Anda
sudah boleh mula menjawab T-Score sekarang dengan memilih set soalan pilihan.
GOOD
LUCK
&
ALL
THE BEST!
"Study Smart, Pray
Smart..insyaAllah success with 5A!"
Tuesday, 28 February 2012
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2012
Tarikh: 21 FEBRUARI 2012 Tempat: Sk Kampung Fikri (P)
Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Sekolah bagi tahun 2012M/1433H yang bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” diadakan pada 21 Februari 2012 yang dihadiri oleh YB.’ Abd. Halim B. Jusoh dan Pegawai PPD Setiu Tuan Hj Kipayatuallah Dato': Mohd Said. Program bermula pada pukul 7.45 pagi dengan perarakan membawa sepanduk sambil membaca selawat ke atas nabi turut disemarakkan lagi dengan kehadiran ibubapa dan AJK PIBG.Selepas perarakan tersebut, majlis penyampaian basikal dan hamper kepada anak-anak yatim oleh YB.’ Abd. Halim B. Jusoh turut diadakan. Pelbagai acara diisi bagi menghidupkan hari sambutan Perarakan Maulidul Rasul ini.Antaranya ialah ceramah maulidur rasul oleh Ustaz Othman B.Abdul Latif (Pegawai Pejabat Agama Setiu).Pertandingan bacaan Azan , sajak dan Nasyid turut diadakan pada majlis tersebut.Majlis diakhiri dengan ucapan penutup dari guru besar dan penyampaian hadiah.
Sunday, 26 February 2012
UJIAN PERMATApintar UKM1 TELAH BERMULA DARI 1 FEBRUARI 2012 HINGGA 30 APRIL 2012 |
UJIAN PERMATApintar UKM1 telah bermula dari 1 Februari 2012 sehingga 30 April 2012. Sila layari http://ukm1.permatapintar.edu.my untuk mengambil Ujian PERMATApintar UKM1. |
Monday, 13 February 2012
Watikah Pelantikan Pegawas Sekolah Dan Pegawas Perpustakaan
Tempat : Dewan Sekolah SKKF (P)
Program : Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber
Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber telah disampaikan oleh Pegawai polis Kg Fikri Pantai Kopral Mohd Razali b. Ariffin diiringi oleh guru besar Ibrahim B. Awang. Seramai 31 orang pengawas telah menerima watikah perlantikan yang diadakan di dewan sekolah Kg.Fikri Pantai.
Tuesday, 24 January 2012
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SKKF (P) Tahun 2012
Tarikh : 3.1.2012
Tempat : Tapak Perhimpunan SKKF (P)
Program : Hari Pertama Persekolahan Kampung Fikri (P)
Warga Sk Kampung Fikri (P) mengucapkan selamat menempuh alam persekolahan bagi sesi 2012 kepada semua murid SKKF (P). Diharapkan azam baru tahun ini dapat tercapai hendaknya..
Tempat : Tapak Perhimpunan SKKF (P)
Program : Hari Pertama Persekolahan Kampung Fikri (P)
Warga Sk Kampung Fikri (P) mengucapkan selamat menempuh alam persekolahan bagi sesi 2012 kepada semua murid SKKF (P). Diharapkan azam baru tahun ini dapat tercapai hendaknya..
Subscribe to:
Posts (Atom)