Saturday, 14 July 2012

...Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Tahun 2012...




Pada 8-9 Julai 2012,SK Kg Fikri (P) telah berjaya menjalankan Sukan Tahunan Sekolah yang ke-15.Kejohanan ini dijalankan selama 2 hari iaitu 8 Julai dan 9 Julai.Terima kasih kepada  Ibrahim bin Awang (Guru Besar), AJK PIBG, barisan pentadbir, ibu bapa, guru-guru, para pelajar serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan temasya sukan kali ini.

                          KEDUDUKAN MATA KESELURUHAN BAGI RUMAH              
 
RUMAH SUKAN
MATA
KEDUDUKAN
KENARI
365
1
MERAK
289
2
HELANG
288
3
BANGAU
254
4


Olahragawan & Olahragawati 2012

Monday, 9 July 2012

MAJLIS PELANCARAN DANA KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PIBG SKKF (P)

19 JUN 2012-- SKKF (P) telah melancarkan Dana Kecemerlangan Pendidikan yang dikendalikan oleh Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG).Majlis itu telah dilancarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri YB. Haji Abdul Halim B. Jusoh..Sebanyak RM2300 telah berjaya dikumpul yang disumbangkan oleh NGO/Badan koprat dan  ibubapa sekolah tersebut.Pada Majlis tersebut juga, Pengagihan Bantuan KWAPM, e-kasih dan Bantuan Awal Persekolahan Tahun 1 turut  diadakan.


Monday, 18 June 2012

PERTANDINGAN SMART ENGLISH 2012 ZON SETIU UTARA


14 jun 2012- SKKF (P) telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Smart English peringkat Zon Setiu Utara.Sebanyak 10 buah sekolah zon setiu utara telah menyertai pertandingan tersebut.Setiap kumpulan dinilai dengan acara "SILENT READING" , "READING ALOUD", "SPELLING" dan "AURAL ORAL".Tahniah kepada SK Saujana telah menjadi johan dalam pertandingan ini.