14 jun 2012- SKKF (P) telah
menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Smart English peringkat Zon Setiu
Utara.Sebanyak 10 buah sekolah zon setiu utara telah menyertai pertandingan
tersebut.Setiap kumpulan dinilai dengan acara "SILENT READING" ,
"READING ALOUD", "SPELLING" dan "AURAL ORAL".Tahniah
kepada SK Saujana telah menjadi johan dalam pertandingan ini.
Monday, 18 June 2012
Tuesday, 22 May 2012
SAMBUTAN HARI GURU
TEMA HARI GURU 2012 : GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
Sesuai dengan tema Hari Guru pada tahun ini ‘ Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’,Sambutan Hari Guru 2012 peringkat sekolah telah diadakan pada 16hb Mei 2012
yang lepas.Antara acara yang dijalankan ialah perlawanan bola sepak antara guru-guru
lelaki dan murid lelaki tahap 2, bola jaring bagi guru-guru wanita termasuk sukaneka bagi guru dan kakitangan sekolah.
Acara rasmi bermula pada jam 10.30 pagi di mana ia dimulakan dengan ucapan
aluan dari Guru Besar dan seterusnya ucapan oleh Pegawai PPD setiu En. Kamaruzaman B. Hamat. Selepas itu,
acara diteruskan dengan ucapan perutusan YAB Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia.Sambutan hari guru diteruskan dengan persembahan guru-guru di mana semua
guru membacakan ikrar guru dan nyanyian lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari
Guru iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Acara seterusnya pula ialah persembahan murid
iaitu persembahan oleh pelajar-pelajar tahun 1 hingga 6.Acara kemuncak bagi
sambutan hari guru kali ini ialah penyampaian hadiah bagi acara tukar hadiah
antara guru-guru sekolah.
Monday, 14 May 2012
T-Score Online
Ø Selamat Menjawab T-Score Online buat semua muridTahun4, 5 dan 6.
Ø Anda boleh mula
menjawab soalan-soalan Pra-UPSR di T-Score Online mulai sekarang.
ØRebut peluang untuk
tempoh percubaan ini sebelum murid-murid menduduki peperiksaan UPSR yang
sebenar.
Ø Selamat menjawab soalan Pra-UPSR online! (^.^)
Ø Layari www.tscore.com.my/
Ø Layari www.tscore.com.my/
1) Sila
pilih "Free Account"
2)
Pilih"
tahun" masing-masing
3)
Sila
masukkan "ID Murid & Katalaluan" T-Score.
4)
Pilih
"Courses" bagi memilih set soalan
pilihan UPSR Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains
5)
Anda
sudah boleh mula menjawab T-Score sekarang dengan memilih set soalan pilihan.
GOOD
LUCK
&
ALL
THE BEST!
"Study Smart, Pray
Smart..insyaAllah success with 5A!"
Subscribe to:
Posts (Atom)




